Pembelajaran Teradun Berbantukan Streaming Video bagi Meningkatkan Pencapaian, Minat dan Persepsi Pelajar dalam Pembelajaran Topik Ruang (Blended Learning with Video Streaming to Enhance Students’Achievement, Interests and Perception in Learning Space Topic)

Authors

  • Khaliza A. Wahid Universiti Teknologi Malaysia
  • Norazrena Abu Samah

Abstract

Pembelajaran teradun berbantukan video streaming juga didapati mampu meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar disemua peringkat umur. Walau bagaimanapun, masih kurang penggunaannya dalam pembelajaran, sedangkan banyak masalah dikenal pasti dalam tajuk Ruang. Tambahan pula, penguasaan dalam ilmu geometri memberi peluang kepada pelajar menaakul dan melatih mereka agar berfikiran logik dalam menyelesaikan masalah seharian. Miskonsepsi yang berlaku dalam tajuk Ruang adalah pelajar tidak mampu membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep geometri. Pelajar tidak dapat imaginasi bentuk 2D dan bongkah 3D dengan baik. Akibatnya pelajar tidak dapat membezakan bentuk dan ciri-ciri 2 dan 3D dengan betul. Kekurangan ini akan menyebabkan masalah yang lebih besar, apabila pelajar perlu menyelesaikan masalah melibatkan rumus dan formula dalam mencari perimeter, luas dan isipadu. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pembelajaran teradun, berbantukan streaming video bagi tajuk Ruang untuk meningkatkan pencapaian pelajar. mengenalpasti minat dan persepsi pelajar. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan satu kumpulan ujian pra dan pos terhadap 34 orang pelajar Tahun Dua disalah sebuah sekolah di Johor. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan yang signifikan dalam ujian pos setelah aktiviti pembelajaran teradun. Terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos dimana (t = -7.375, df = 33, P < 0.5). Di samping itu, 91.2% pelajar Tahun Dua bersetuju bahawa pembelajaran teradun dapat meningkatkan minat dalam Matematik. Walaubagaimana pun, tidak terdapat hubungan antara minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, 100% pelajar mempunyai persepsi yang positif dengan pendekatan pembelajaran teradun menggunakan video streaming. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar dimana pembelajaran teradun mampu meningkatkan pencapaian pelajar dan minat pelajar.

Downloads

Published

2020-02-12