Kesan Penggunaan Aplikasi Mobil Terhadap Kemahiran Literasi Bahasa Melayu Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (The Effect of Mobile Application towards Malay Language Literacy Skill of Special Education Student with Learning Disabilities)

Authors

  • Halizah Ahmad Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Malaysia
  • Zaidatun Tasir

Abstract

Kajian penggunaan aplikasi mobil iaitu apps masih di peringkat awal dalam sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar berkeperluan khas. Persoalannya, adakah pelajar telah bersedia untuk menerima penggunaan teknologi mobil sebagai bahan bantu pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan apps dalam meningkatkan kemahiran literasi Bahasa Melayu pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Seterusnya kajian ini juga mengenalpasti faktor persekitaran yang mempengaruhi penerimaan apps dalam kalangan pelajar PKBP. Seramai 50 orang responden terlibat dalam kajian ini dalam kalangan pelajar PKBP di salah sebuah sekolah di bandar Kota Tinggi, Johor. Ujian pra dan pos serta soal selidik (α=0.78) berdasarkan kepada penilaian Model UTAUT telah digunakan sebagai instrumen kajian kuantitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan program SPSS versi 18.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan analisis ujian t serta korelasi Pearson. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan pencapaian pelajar telah meningkat kepada tahap lebih baik dan terdapat hubungan sederhana yang signifikan dalam elemen UTAUT terhadap Niat Tingkah Laku pelajar. Secara keseluruhan, penggunaan apps “Belajar Membaca” dalam pembelajaran pelajar PKBP telah menunjukkan perkembangan yang baik terhadap pencapaian dan kemahiran literasi Bahasa Melayu serta perubahan yang positif terhadap tingkah laku mereka

Author Biography

Zaidatun Tasir

Universiti Teknologi Malaysia

Downloads

Published

2019-06-16