M-Pembelajaran Aplikasi Android bagi Kursus Binaan Bangunan (M-Learning-based Android Application for Building Construction Course)

Authors

  • Dayana Farzeeha Ali Universiti Teknologi Malaysia
  • Nurkhadijah Abdul Kadir

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 merupakan gaya pembelajaran baru bagi menambahbaik sistem pendidikan masa kini dan membentuk pelajar yang berkemahiran berfikir aras tinggi dan mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan m-pembelajaran aplikasi Android bagi kursus binaan bangunan. Oleh itu, m-pembelajaran menggunakan aplikasi Android telah dibangunkan bagi tujuan PdP di dalam kelas dan seterusnya mengenal pasti keberkesanannya kepada pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan seramai 30 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar memberikan respon yang positif semasa proses PdP dijalankan dan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Diharapkan agar aplikasi android m-pembelajaran ini dapat menarik minat pelajar dan seterusnya membantu mereka dalam mempelajari topik di dalam modul ini dengan lebih baik dan berkesan

Downloads

Published

2019-06-16