Penggunaan Sumber ICT dalam Pengajaran Kimia: Cabaran kepada Guru Masa Kini (The Use of ICT Resources in Teaching Chemistry: Challenges to Recent Teachers)

Authors

  • Noryana Mohd Nor Universiti Teknologi Malaysia
  • Corrienna Abdul Talib
  • Nur Wahidah Abd Hakim
  • Marlina Ali
  • Sharifah Osman
  • Nor Hasniza Ibrahim

Abstract

Selari dengan perkembangan dunia teknologi yang semakin pesat berkembang, sistem pendidikan juga sedang melalui fasa revolusi. Kewujudan sumber ICT yang pelbagai, menjadi agen perubahan kepada pelaksanaan pedagogi pengajaran yang lebih berkesan. Menyedari hakikat ini, guru lebih cenderung memilih sumber ICT yang sesuai untuk diintegrasikan semasa menyampaikan pengajaran. Penggunaan sumber ICT serta pelaksanaan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar penting agar kesan penggunaan sumber ICT dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Kertas kerja ini membincangkan cabaran guru termasuklah kesediaan guru dalam melaksanakan ICT dalam pengajaran dan pengetahuan kandungan pedagogi teknologi dalam pengajaran. Pengetahuan tentang ICT adalah suatu keperluan kepada guru masa kini agar dapat menggunakan sumber ICT dengan lebih optimum. Manakala pengetahuan kandungan pedagogi teknologi atau Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) merujuk kepada jenis pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan melalui integrasi teknologi. Kesediaan guru dalam memperkasakan ICT dalam pengajaran serta pengetahuan kandungan pedagogi teknologi dilihat menjadi elemen penting bagi penggunaan ICT yang lebih efektif.

Downloads

Published

2019-06-16